RM 100 !!!



Bantuan persekolahan RM100 sudah disalurkan
Oleh Khairul Azran Hussin

2011/11/11

Wang diagih secara tunai dalam 14 hari: Muhyiddin

BANTING: Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkannya kepada pihak sekolah sebelum diagihkan.
 
*Petikan Akhbar Berita Harian 11.11.11


Seperti mana yang dibentangkan dalam Bajet 2012 bantuan Rm100 untuk seorang pelajar,semoga bantuan tersebut dapat membantu sedikit sebanyak persiapan setiap pelajar untuk tahun seterusnya.