MUSIM KENDURI KHAWIN DAH BERMULA !!!




Cuti Sekolah dah bermula maka banyak lah undangan majlis perkhawinan, Tahniah kepada semua pasangan yang akan melangsungkan perkhawinan  semoga segala apa yang dirancangkan akan berjalan lancar.

Namun di bulan November atau Disember ni cuaca kurang elok sikit almaklum le dah masuk musim tengkujuh musim banjir akan bermula,disebelah Pantai Timur mungkin hujan dah mula turun.

Walau apapun setiap majlis Perkhawinan yang telah ditetapkan akan berjalan seperti biasa, Ibubapa serta Pihak keluarga dan bakal pengantin  akan sibuk menguruskan majlis tersebut.

Tak lupa juga orang-orang kampung dan sanak saudara juga akan berkumpul menguruskan majlis tersebut agar ianya akan berjalan seperti yang telah dirancangkan.

"Selamat Pengatin Baru" Kepada sesiapa yang akan Melangsungkan Majlis Perkhawinan dimusim cuti sekolah ini.

*Credit pic : google..