MALAYSIA TEWAS PADA SYRIA - KELAYAKAN OLIMPIK 2012


AHMAD FAKRI~ SERANGAN TUMPUL

THAMIL ARASU (JERSY NO 9 ) SERANGAN TAK MENJADI

NAZMI FAIZ (JERSI 21) ~ MENYERLAH 

KHAIRUL FAHMI ~ PENYELAMAT

Skuad Harimau Malaya akur dengan kehebatan Syria yang menyerang bertubi-tubi pada kubu pasukan Harimau Malaya namun pertahanan kita Muslim Ahmad, Mahali Jasuli bertidak cermelang menjaga benteng pertahahan negara.

Banyak percubaan bahaya dari serangan pasukan Syria namun berjaya di selamatkan oleh penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat,umpanan bola yang cantik dari Nazmi Faiz gagal memberi jaringan pada pasukan Negara akibat ketumpulan penyudah oleh Ahmad Fakri dan Thamil Arasu. Tamat 45minit.

Bermula separuh masa kedua Malaysia cuba menyerang untuk mendapatkan gol namun semua peluang gagal disudahkan dan dihalang oleh pertahanan Syria. Hasilnya Syria yang berjaya mendapatkan gol dari lontaran sudut hasil tandukan cantik..perlawanan semakin rancak Syria terus mencari gol untuk menambahkan jaringan mereka berjaya menambah gol kedua  sebelum berakhirnya perlawanan.. keputusan penuh Malaysia 0 - Syria 2.