HARI KECERMELANGAN PELAJAR~SRA BANDAR SERI PUTRA








Sehari dua ni sibuk berulang alik ke Sekolah  almaklum le dah hujung tahun dan sesi persekolah untuk tahun 2011 akan melabuhkan tirainya.


Antara aktiviti yang dilakukan adalah meraikan pelajar-pelajar cermerlang didalam peperiksaan yang mana penyampaian hadiah dilakukan untuk pelajar yang mendapat no1 hingga no3 didalam kelas, anugerah pelajar yang mempunyai kedatangan paling baik,anugerah cikgu cermelang juga diadakan.


Tahun 2011 ini cukup berbeza dari tahun-tahun sebelumnya yang mana setiap Sekolah sibuk menyampaikan sumbangan kerajaan RM100 untuk setiap pelajar sepertimana yang di umumkan dalam belanjawan 2012.


Meriah suasana disekolah dengan ibubapa yang datang untuk meraikan pelajar dan juga ibubapa yang datang untuk mengambil sumbangan wang tersebut.


Bro allhamdulilah anak bro mendapat hadiah walaupun mendapat no3 didalam kelas,cukup memberi semangat kepadanya untuk lebih berjaya lagi dalam pelajarannya dimasa-masa akan datang, Insyallah.