WEB DAH KENA BLOCK !!!


Kesemua laman-laman web popular telah di block oleh syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi yang berkaitan. Bertujuan untuk meningkatkan prestasi kerja pada semua perkerja- perkerja mereka agar mereka tidak lalai semasa mereka melakukan kerja.

Sememangnya itu adalah tanggungjawab Majikan, namun itu bukan lah jalan penyelesaiannya, sebab sekarang sudah banyak cara yang digunakan untuk melayarai laman-laman popular tersebut walaupun dah di block oleh majikan contohnya melaluai telefon pintar.

Kesimpulannya sekarang hanya kesedaran perlu diberikan pada perkerja mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang perkerja.