CHONG WEI " TEWAS " PERLUKAN MISBUN UNTUK TEWAS KAN LIN DAN !!

Kekal NO 1 Dunia .. adakah akan terlepas gelaran tersebut

Lin Dan sukar digugat oleh Chong Wei

Tinggal Kenangan Chong Wei dan Misbun

Segalanya tak menjadi bagi Datuk Lee Chong Wei apabila bertemu musuh utamanya Lin Dan dari China , semalan beliau tewas lagi kepada Lin Dan diseparuh akhir kejohanan Super Siri Terbuka China.

Chong Wei tewas dalam permainan tiga set dengan 21-19 , 12 - 21 , 11 - 21 .Kekalahan ke tiga selepas tewas di Terbuka Hong Kong minggu lepas.

Adakah Datuk Lee Chong Wei perlukan jurulatih lamanya " Datuk Misbun " untuk membantunya membaiki prestasinya untuk menewaskan Lin Dan.

Bagi sesetengah peminat setia Badminton itulah rasanya salah satu cara untuk Datuk Lee Chong Wei meningkatkan prestasinya bagi mengelakan terlepas gelaran Pemain NO 1 dunia kepada Lin Dan. Namun itu hanya lah saranan dan pendapat para peminat Badmintan segalanya terserah pada beliau dan Persatuan Badminton Malaysia.