60,000 PELAJAR MALAYSIA KETAGIH LAMAN SOSIAL !!






60000 Para pelajar diMalaysia yang berusia diantara 12 - 18 tahun didapati ketagih pada laman sosial terutama "Facebook", satu jumlah angka yang sangat tinggi dan amat mengejutkan.

Mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 4jam sehari untuk melayari laman-laman sosial tersebut. ketagih laman sosial ini secara tak langsung mencenderungkan pelajar kearah gejala yang tidak sihat seperti kerap menipu,anti sosial,jadi seorang yang sangat emosi dan kesan lain adalah mengalami masalah penglihatan,pening dan sakit perut.

Ada sesetengah pelajar tersebut sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk ke cyber cafe untuk melayari laman sosial yang digermari mereka,ada juga sanggup mencuri demi mendapatkan wang untuk kecyber cafe.

Pakar perunding Kanan Pskiatri dan psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Azhar Zain berkata ketagih melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental.

Diharap semua pihak dapat mengambil respon yang terbaik dari pada pemasalahan ini demi kebaikan pelajar-pelajar kita agar segala apa yang berlaku dapat dibendung dengan sebaik mungkin.