SEDIH TERKENANGKAN ADIK

Mohd Hasnor dan Anak ke2nya Nabil

Syifa (Kak Yong ) Anak Sulung Mohd Hasnor..* Pic 5tahun dulu
Tiba-tiba sebak rasanya dah 2 tahun terpisah dengan adik Bro Mohd Hasnor dah lama tak tengok anak-anak nya mungkin dah besar dia orang sekarang ni. Perkara ni berlaku sebabkan sedikit salah faham.. adik bro ni seorang yang ego sikit tak boleh terima kesalahan sendiri dia cuba untuk putuskan hubungan dengan keluarga...namun kami adik-beradik tak pernah lupai dia walaupun apa yang dia buat..ibu dan keluarga sentiasa memaafkan dia..kami sentiasa mengharapkan dia pulang kepada kelurga..cuma kami sekarang memberi peluang kepada dia agar dia sedar apa yang dia lakukan...

Bro dan keluarga tak dapat nak hubungi dia..sebab semua nombor telefon yang dia guna telah ditukar..namun mengikut info dia sekarang berada di kuala Selangor / Tanjung karang sebab mertua dia orang kuala Selangor itu pun dua tahun dulu..

Walaupun dia mungkin rasa dia dah banyak susah kan ibu dan kami adik berdik..namun kami semua tetap sayang dia.. Doa dan Harapan Agar dia Pulang Kepangkuan Kelurga Seperti dulu.. Amin..