BASIKAL OH BASIKAL

Masa dalam perjalanan tadi ditrafic light..terpandang  sekumpulan pengayuh basikal,mungkin mereka hendak ketempat kerja mereka terdiri dari warga asing myamar jika tak silap..hanya mereka dizaman ini yang masih menggunakan basikal untuk kemudahan harianan meraka dari satu tempat kesatu tempat.

Orang kat Malaysia ni dah jarang menunggang basikal jika adapun untuk beriadah je petang-petang,dizaman kanak-kanak bro dahulu basikal adalah kenderaan yang digunakan untuk berulang alik kesekolah sejauh 10 kilometer, pada masa tu basikal adalah harta yang paling bernilai bagi diri bro..

Pada zaman dahulu basikal ini amat popular dikalangan orang tua-tua basikal adalah kenderan seharian mereka,namun sekarang sudah tiada lagi motosikal mengambil alih tugas basikal untuk kemudahaan orang-orang dizaman sekarang..



Basikal yang terbaru amat sesuai untuk aktiviti beriadah petang-petang namun harganya boleh le tahan mencecah RM500 jenis yang biasa..


Kesimpulannya basikal akan digunakan pada masa-masa tertentu oleh orang-orang Malaysia,namun masih ada kanak-kanak sekolah yang masih menggunakan basikal untuk kesekolah tu pun untuk jarak yang dekat-dekat untuk jarak jauh mereka lebih suka menggunakan khidmat Bas sekolah.

Pada warga asing mereka adalah warga yang masih menggunakan khidmat basikal tu mungkin untuk berjimat ada setengah-tengah warga asing pun dah mula menunggang motosikal walapun mereka tak punyai lesen memandu..amat bahaya oooo..

Basikal ada keistemewaan dan basikal ada kuasanya....

*credit pic google.