DAH HANTAR BUKU TEKS !!!





Hari ni murid-murid sekolah anak bro (Sek.Kebangsaan) dah mula pulangkan buku teks untuk tahun 2011 ni, Apa lagi bukan main seronok lah diaorang buku dah dipulangkan ni tandanya cuti akhir persekolahaan tak lama lagi akan bermula.

Namun sebelum pulangkan buku-buku teks tersebut Ibu bapa hendaklah pastikan buku-buku cukup jumlah yang diambil dan akan dipulangkan,almaklum le anak-anak ni ada kadang-kadang ada buku yang dah hilang, koyak,diconteng dan sebagainya, bukan apa ini cuma untuk memudahkan kedua-dua pihak.

Jika dulu buku teks yang di pinjam Hilang pihak sekolah akan meminta wang sebagai ganti rugi..., Namun itu dulu sekarang tidak lagi yang mana jika buku-buku tersebut hilang pihak sekolah meminta buku-buku tersebut dibeli oleh pihak keluarga murid dan dipulangkan  kesekolah bagi cukupkan jumlah buku pinjaman yang dipinjam oleh murid tersebut.

Sebelum cuti persekolah hujung tahun bermula murid akan diberi buku teks untuk tahun seterusnya, ini secara tak langsung dapatlah murid-murid membaca dimasa-masa cuti sekolah juga boleh membalut buku-buku tersebut dan apabila sesi baru persekolahan bermula murid-murid tidak akan mengalami masalah dengan buku teks.