Bercuti Ke Taman Negara Malaysia Pahang #VMY2014


Sempena sagmen Tahun Melawat Malaysia 2014 #VMY2014 Abee nak kongsi pengalaman bercuti di Taman Negara Jerantut Pahang , jom ikuti pengalaman menarik Abee bercuti.

Kami sampai ke Jeti Taman Negara setelah lebih kurang satu jam ber kereta dari Felda Sungai Retang Jerantut , kini para pelancong yang ingin ke Jeti Taman Negara boleh melaluai jalan darat dengan menggunakan kenderaan sendiri dari Bandar Jerantut Pahang.


.

Kami memulakan perjalanan,distinasi saya dan keluarga kali ini ke Kem Nusa di Taman Negara , tujuan utama untuk berehat tenang kan fikiran disamping meluangkan masa bersama keluarga , hindarkan diri dari keriuhan kota , 


Sepanjang perjalan kami dengan bot panjang , pemandangan amat menarik dengan kehijauan hutan hijau yang belum di terokai , suasana nyaman dengar deruan air tak kala diredah oleh bot panjang yang kami naiki, perkampungan orang asli di pinggir Sungai Pahang sungguh mengkagumkan .







Kami tiba di Kem Nusa setelah 45 minit mengharungi perjalanan dengan menaiki bot panjang , aktiviti seterus nya mencari chalet untuk tinggal dan berehat di situ , harganya tidak lah mahal dalam Rm 120 untuk satu malam , suasana air bukit aliran anak sungai sungguh mendamaikan , sambil-sambil melalui jambatan gantung yang ada di kem tesebut bermula lah aktiviti rehat Abee dan keluarga di Kem Nusa Taman Negara Pahang , wow sangat menari segalanya ada di sini anda pun boleh kunjungi juga .untuk lebih banyak info tentang Malaysia #VMY14 boleh ke Tourism Malaysia

Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia