Sayu : Luahan sayu orang awam .. 2 penyeludup beras maut rentung kemalangan ketika di kejar Kastam ? (10Gambar)

Saya merakam ucapan takziah buat keluarga2 mangsa kejadian kemalangan maut sbentar tdi. Kejadian ini amatlah mendukacitakan dan sy berharap pihak berwajib siasat dan ambil tindakan yg sewajarnya.

Kalau betul apa yg diceritakan oleh org2 Kampung Gelang Mas bahawa punca kemalangan maut ini adalah Kastam yg telah melanggar dari belakang kereta penyeludup itu, amatlah malang dan amatlah mngecewakan.
2 pemandu kereta yg membwa beras rentung manakala 1 org awam yg xterlibat dgn adegan kejar mngejar ini pun maut dlm kejadian di Kampung Gelas Mas, dekat Meranti sbentar tdi.








Sy xtahu S.O.P Kastam dlm operasi kejar mngejar pembawa beras ni, cuma apa yg sy tahu kerja2 seludup beras ni adalah sbahagian dari pekerjaan penduduk di sempadan dari turun temurun lagi.
Mrk mencari rezeki sesuap nasi demi mnyara anak2 mrk dan ada dikalangan mrk mampu menyara dan memberi pendidikn yg sempurna utk ank2 shinggakn berjaya ke menara gading.
Kamu 'Penguasa' sharusnya tahu dan sedar norma penduduk di kawasan sempadan dan beri sdikit budi bicara dlm hal ini. Peluang pkerjaan yg terhad bgi penduduk dikawasan sempadan dan sharusnya kamu fikir natijah bila tiada sumber pendapatan maka jenayah kecurian akan meningkat.
Kenapa kamu xmembanteras tauke2 besar, kenapa kamu xkeluarkan lesen import utk mrk, kenapa kamu hanya hadkan hnya Bernas dan 'Individu' itu sahaja yg boleh mngiimport beras. Kenapa kamu mmbiarkn Kastam melakukan sesukahati terhadap mrk krn ini bukannya kejadian yg pertama berlaku disini.
Wahai 'Penguasa' sesungguhnya nilai nyawa penyeludup beras adalah sama dgn nilai nyawa kamu2 smua. Krn kejadian ini ramai ank2 mrk mnjadi yatim dan isteri mrk hilang ketua keluarga.
'Penyeludup beras lebih baik dari Perompak'
Sekian. -Farith Izzuan

Sayu : Identiti 4 sekeluarga maut kemalangan ngeri di jalan Segamat-Kuantan malam tadi (8Gambar)

Rompin: Empat beranak maut, tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 106 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, Pemandu MPV, Mohd Zaki Mamat, 47, isterinya, Jamilah Hussen, 46, serta dua anak mereka Muhammad Zamil Izuddin, 17, dan Muhammad Zamil Syazwan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian.






Dua lagi anak Mohd Zaki, Siti Nurjeha, 18, Siti Nur Nabilah, 10 dan pemandu kereta, Zulkifli Abdullah, 47, parah.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, enam beranak yang menaiki MPV jenis Proton Exora itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Merlimau, Melaka ke Kelantan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, tayar kiri bahagian hadapan Proton Exora pecah menyebabkannya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Honda Civic yang dipandu Zulkifli.

"Pertembungan itu menyebabkan empat mangsa di dalam Proton Exora meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang serta Zulkifli parah," katanya.

Katanya, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan.

Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-HM

Sayu : Alhamdulillah Alhamdulilah pergilah sayang .. berakhir sudah penderitaan mu (10Gambar)

Sedih nya luahan seorang ibu yang redha permergian anak tersayang setelah lama menderita penyakit yang hadapinya  ternyata Allah lebih sayang kan anak syurga ini.

Ibu nya Puan Nuur Hiedayah redha dengan permergian arwah adik Ahmad Fateeh berusia setahun lebih walaupun amat berat untuk terima semua ini. 









BERAKHIR SUDAH PENDERITAAN
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Pergilah Sayang , Pergilah chinta ♡ tinggalkanlah Dunia ini yang tidak mnjanjikan apa-II.. yg didlmya penuh Dgn kepura- puraan Kekejaman & Penderitaan. Juga nafsu semata

Pulanglah Kepada Pencipta
Cepat atau lambat , mama & abi
Pasti akan menyusul mu Kesana . InsyaAllah ! Semoga Kita dipertemukan di syurga yang dijanjikan Allah SWT..

Hilang segala DUKA saat melihat Ketenangan Pada wajahmu. Alhamdulillah Kebahagiaan menjadi MILIK MU SELAMANYA
AL- FATEHAH
AHMAD FATEEH EL FAHEEM BIN MOHD TAUFIK
15 OKTOBER 2014 - 09 MAC 2016
09.45 PAGI

Untuk kisah lebih lanjut anda boleh ke facebook Puan Nuur Hiedayah Hashim semua tertulis di sini kisah arwah adik Fateeh semoga rohnya tenang di sana .. Al fatihah buat anak syurga ini. 

Al-Quran jubah telkong dalam keadaan baik walau maahad tahfiz rentung terbakar (4Gambar)

SABAK BERNAM : Guru dan pelajar di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Batu 40, di sini, terkejut menemui kira-kira 15 al-Quran dan kitab hadis dalam keadaan baik meskipun bangunan maahad itu rentung terbakar pagi, semalam.

Pengetuanya, Mohd Sharif Musa berkata, kitab suci itu ditemui ketika pelajar dan guru mencari barang kelengkapan lain yang boleh diselamatkan, malangnya semuanya hangus dijilat api kecuali al-Quran dan hadis.

Menurutnya, sebahagian al-Quran dan kitab hadis yang ditemui itu masih dalam keadaan elok, bagaimanapun terdapat kesan kebakaran pada kulit depan dan belakang al-Quran tanpa menjejaskan isi kandungannya.


"Kebesaran yang ditunjuk ALLAH pada hari ini (semalam) apabila kami menemui kitab al-Quran dan hadis yang masih sempurna kandungannya walaupun kebanyakan barangan rentung terbakar," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sharif berkata, al-Quran dan hadis itu ditemui di pejabat dan bilik koperasi selain beberapa helai jubah dan barangan kelengkapan solat juga turut ditemui masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih lagi dalam proses mencari dan mengesan sisa-sisa bahan kebakaran berbentuk tulisan termasuk al-Quran dan hadis yang terbakar untuk dikumpul bagi proses pelupusan.

"Bahan berbentuk tulisan ini akan kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sharif berkata, pihaknya memerlukan jutaan ringgit bagi menampung kos pembinaan semula bangunan itu selepas pejabat, bili guru dan tiga bilik asrama terbakar dalam kejadian berkenaan.

"Bangunan yang dibina sejak tahun 80-an ini tak boleh digunakan dan terpaksa dirobohkan semula atas faktor keselamatan. Kita memerlukan dana besar bagi kos bina semula dan baikpulih beberapa prasarana lain," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, pelajar akan ditempatkan sementara di dewan serbaguna dan surau maahad itu, manakala selebihnya akan dipindahkan ke bilik asrama yang masih selamat dalam kejadian itu.

"Keadaan ini mungkin kurang selesa kepada pelajar tetapi kita harap mereka sabar dengan ujian ini. Kita harap dengan adanya sumbangan orang ramai dapat bantu mempercepatkan pembinaan bangunan baru maahad ini," katanya.

Jelas beliau, maahad yang mempunyai seramai 103 pelajar dan lapan tenaga pengajar itu memerlukan sumbangan daripada mana-mana pihak bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung pihak pengurusan sekolah terbabit.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang ingin menghulur bantuan boleh menyalurkan sumbangan mereka ke nombor akaun Maybank Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi Batu 40 (562094050271).

Sayu : Ibu dijemput ajal ketika mahu ambil anak dari sekolah .. pasti anak nya tertunggu-tunggu (4Gambar)

Tidak dapat bayangkan raut wajah seorang anak apabila ibu yang ditunggu untuk menjemput nya dari sekolah tidak tiba, apa yang menyedihkan ibu yang tidak tiba itu telah dijemput ilahi ketika mahu mengambil diri nya di Sekolah.

Seorang ibu maut apabila motosikal yang di tunggang nya terlibat kemalangan di bawah jambatan Plentong Permas semalam.



Wanita ini maut ditempat kejadian akibat kecederaan yang dialami ekoran kemalangan tersebut, semoga anak dan suami wanita ini tabah kehilangan orang tersayang, mengikut laporan awal wanita ini berasal dari Bukit Goh Kuantan Pahang.

Jenazah akan di kebumikan kampung halaman di Bukit Goh .Punca sebenar kejadian dan identiti mangsa masih disiasat oleh pihak berwajib.  Al-fatihah

Sayu : Wafiq ini lah keputusan SPM mu .. Wafiq lemas di Pantai Rhu Sepuluh 24 Dis lalu (5Gambar)

Batu Pahat : Sayu melihat Keputusan SPM adik wafiq yang telah meninggal dunia kerana lemas di Terengganu bersama dua rakannya semasa keluar jemaah tabligh sesusai tamat peperiksaan SPM 2015.

“Saya berasa sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian, dia menyimpan hasratnya untuk berdakwah di benua eropah,” kata Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17.

Menurut Muhammad Wafiy, dalam masa yang sama kembarnya itu, Allahyarham Muhammad Wafiq  turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Ireland, setelah mendapat keputusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.



Katanya, dia sering menyatakan hasratnya itu, dan kini kata-kata Allahyarham Muhammad Wafiq hanya menjadi kenangan dalam hidupnya serta berharap dia sendiri akan dapat menyambung impian kembarnya.

“Saya tidak menyangka yang kembar saya pergi dulu...di mana dialah rakan seperjuangan saya, rakan suka duka saya selama ini, di mana dari kecil kami akan sentiasa bersama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, pagi tadi.

Dia ditemui di perkarangan Masjid Jamik Kampung Sri Bengkal, setelah selesai proses pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal pada jam 3.10 pagi, semalam.

Terdahulu, jenazah Muhammad Wafiq yang tiba pada jam 2.25 pagi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu disambut dan diberi perghormatan terakhir oleh kira-kira 200 kenalan sebelum solat jenazah dilakukan.

Allahyarham Muhammad Wafiq merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu, Isnin lalu dan dia disemadikan berhampiran kubur seorang lagi mangsa yang juga rakannya, Muhamad Naim Adnan, 17.

Mayat mayat Muhammad Wafiq ditemui terdampar di pesisir pantai itu, kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam, semalam.

Dalam kejadian yang sama seorang lagi rakan mangsa Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan.-Al fatihah.

Manakala abang sulung Muhammad Wafiq, Mohd Nasiruddin, 31,  berkata, arwah adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik namun lebih menunjukkan sikap prihatin kepada keluarga.
"Namun ketika berada di sana, adik selalu menelefon emak, Zabedah Kamdan, 55  memberitahu keadaannya di sana, semasa dia mengikuti program keagamaan di Masjid Kampung Bonggol, Setiu, serta bertanya khabar ayah, Mohd Nor Ismail, 58,” katanya.